Saturday 13 May 2017

Kecantikan semula jadi



Kenapa orang zaman dahulu sihat dan menawan? Hanya mengunakkan bahan semulajadi.

Dalam zaman serba moden ni, ramai sudah lupa akan rahsia awet muda turun temurun nenek moyang kita kerana terlalu banyak produk kesihatan dan kecantikkan pada masa kini.

Namun masih ada yg setia mengunakan petua turun temurun tak lapuk dek zaman tak lekang dek hujan. Ini kerana segala petua adalah lebih berkesan dan asli  daripada campuran pelbagai bahan.


                                        AMALAN MAKAN ULAM-ULAMAN






Amalan memakan ulam ulaman sebenarnya sudah menajadi budaya masyarakat melayu sejak turun temurun. Ada juga yg tidak berselera ulam atau sayur mentah. Paling tidak timun dicicah dgn sambal belacan.

Selain dijadikan sebagai pembuka selera, ulam dikatakan antara makanan yang boleh membantu seseorang kelihatan awet muda dan cantik.Inidisebabkan kebanyakan ulam atau sayuran berkenaan mengandungi banyak nutrien penting serta bahan antioksidan yang mampu menghalang tindakan radikal bebas.





                                        AMALAN NAIKKAN SERI WAJAH




Rahsia untuk menaikkan seri wajah dan mengawetkan kulit dengan amalam minum air inai.
Inai yg hampa pakai dkt tangan tu lahhh..

Ambil segenggam daun inai dan rebus dengan air sebanyak dua cawan. Rebus sehingga ia menyejat tinggal lebih kurang satu cawan ja. Selesai merebus, biar sehingga sejuk dan amalkan minum tiga kali seminggu. Mudah mudahan kulit wajah hampa kelihatan awet muda dan berseri-seri bak mentari pagi yg menyerikan seri wajah.








5 Petua ni Anda Boleh Buat Sendiri di Rumah

Air Didih Nasi
Ambil air didih nasi…ketika sedang menggelegak, biarkan sekejap kemudian sapukan pada kulit muka. Biarkan dalam 5 minit. Kemudian bilaskan dengan air . Amalkan selalu untuk dapatkan kulit licin.
Tomato
Parut sebiji Tomato dan gosokkan pada muka dan leher secara perlahan-lahan. Tomato sangat bagus untuk hilangkan parut. Biar selama setengah jam kemudian cuci dengan air suam.
Kentang 
Kupas kentang kemudian potong nipis-nipis dan  tampalkan  pada seluruh muka dan biarkan sampai kering. Amalkan 2 kali seminggu.
Serbuk Teh
Gosokkan Serbuk teh yang telah digunakan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan 5 minit dan kemudian cuci dengan air suam.
Lemon
Gunakan perahan  jus lemon kemudian sapukan pada wajah biarkan  selama 15 minit,  kemudian bilas dengan air suam.



** Okey sebagai penutup bicara, Mummy harap tips-tips ni berguna pada hampa.Pesan Mummy, Rahsia turun temurun tradisional kita jgn dilupakan walaupun sekarang produk-produk kecantikkan bercambah di pasaran.

No comments:

Post a Comment

PETUA KEMPISKAN PERUT