Wednesday 31 May 2017

SERUM ANTI PENUAAN

Fobia dengan masalah kedut di wajah dek kerana sering dipanggil makcik, atau disalah anggap lebih tua dari usia sebenar menjadikan ramai wanita mencari keadah, petua dan cara rawat kedut di wajah dan mata. Kedut di wajah tu tanda awal penuaan.



Yang sebenarnya punca utama masalah kedut di mata dan wajah tu tanda kulit dah kurang anjal disebabkan kolagen dah berkurangan dalam kulit especially those yang dah cecah umur 30 tahun. Tak suka makan sayur, tak suka makan buah, suka makanan yang pedas, jarang pula minum air apatah lagi nak bersenam memang mempercepatkan pengurangan kolagen dalam badan




Mula-mula kulit berkedut, lama-kelamaan pori wajah pulak besar, pakej jeragat sekali. Tu yang nampak. Yang tak nampak, kita terdedah kepada osteoporosis, organ dalaman pun dah kurang fungsi. Sanggup ke tak sanggup nak hadapi? Kalau kita sebagai orang yang sihat bebas ke sana ke mari kompem la kita tak sanggup nak hadapi masalah-masalah ni kan.

Jangan terkejut dan jeles jika ada yang sebaya dengan kita tapi kulitnya lebih halus, gebu dan cerah berbanding kita yang nampak kusam dan berkedut sebab kulit dah kurang kelembapan.



Tak boleh kalau tak buat apa-apa, tambah lagi kalau suami pula memang nampak muda lagi. Bila jalan berdua, nanti dikata jalan dengan anak padahal jalan dengan suami. Eh mestilah tak boleh jadi kan. nanti tak pasal-pasal orang panggil nenek padahal muda lagi.



Jangan risau, Mummy akan bagi penyelesaiannya



Mummy sangat cadangkan penggunaan 24k gold serum. Sebab ramai yang dah teruja dengan kesan yang memuaskan hati. Selain kulit lebih tegang, kulit muka pun jd flawless.


Tampil dengan kulit wajah yg cantik dan mulus.


Whatsap Mummy ke 019 5575372
FB - Ryoung Beauty Produk Kecantikan

Tuesday 30 May 2017

CARA BERKESAN ATASI MASALAH TUMIT PECAH

Cara Berkesan Atasi Tumit Pecah, Faktor dan petua atasi tumit pecah.


Masalah tumit pecah sering berlaku kepada wanita tanpa mengira usia. Baik gadis mahupun kaum ibu, semua tidak terlepas. Kebiasaannya rekahan berlaku di bahagian tumit namun ada juga wanita yang mengalami rekahan di sekeliling kaki.



Walaupun masalah ini tidak membahayakan kesihatan namun ia sebenarnya adalah petanda kulit anda terlalu kering. Kekurangan air di dalam badan turut mengakibatkan kulit di bahagian kaki khususnya tumit dan tapak kaki menjadi kering.



Pada mulanya, kulit kelihatan berkilat dan bersisik. Jika tidak dirawat dan dijaga dengan betul, bahagian ini mengeras dan akhirnya merekah atau pecah. Inilah proses yang menyebabkan berlakunya tumit pecah.



Selain itu, sudah semestinya rekahan di bahagian ini mencerminkan diri anda yang tidak peka menjaga kecantikan dan kebersihan diri. Penampilan turut terjejas terutama bagi golongan yang gemar menggayakan sandal.



Namun usahlah terlalu runsing, kulit kering dan tumit pecah boleh dirawat sendiri di rumah dengan menggunakan produk yang betul serta penjagaan rapi. Tidak perlu membazir wang merawat bahagian yang bermasalah di spa atau bertemu doktor, anda hanya perlukan informasi dan bijak memilih produk khusus untuk penjagaan kaki. Jom ikuti tip penjagaan tumit.



Faktor penyebab

Kekurangan air menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat, bersisik dan akhirnya keras diikuti dengan rekahan.
Genetik atau baka antara faktor yang dikenal pasti sebagai salah satu punca tumit pecah. Jika keluarga anda mempunyai kulit yang kering, biasanya anda juga cenderung berdepan dengan masalah tersebut.
Pertambahan berat badan turut menyebabkan tumit pecah kerana kaki tidak dapat menampung bahagian atas badan yang melebar.
Sepanjang tempoh hamil, wanita juga berdepan dengan masalah ini. Ia dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan perubahan hormon.
Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat. Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga menyebabkan tumit mendapat tekanan yang tinggi.
Tidak memakai stokin ketika bersukan menyebabkan kulit mudah tercedera.


Solusi

Minum air secukupnya. Jika cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong agar tubuh anda tidak mengalami dehidrasi.
Kekalkan berat badan ideal.
Urut kaki terutama di bahagian tumit sebelum tidur dengan menggunakan losyen, minyak atau krim khas. Ia bukan sahaja dapat melembap dan melembutkan kulit malah melancarkan perjalanan darah dan merehatkan bahagian ini selepas seharian kita bekerja keras.
Pakai stokin jika mengenakan kasut sukan. Pilih rekaan kasut yang sesuai dan tidak ketat agar kaki selesa.




PETUA TRADISIONAL

Lumur asam jawa di bahagian tumit , kemudian rendamkan kaki seketika di dalam air suam yang berisi garam bukit.
Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.
Lenyek tumit atau bahagian kaki yang merekah dengan beberapa butir nasi yang masih suam. Lakukan setiap hari untuk hasil yang memuaskan.
Gosok bahagian yang pecah dengan batu sungai, ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan melicinkan bahagian ini.
Gosok tumit pecah dengan bawang merah.

Sekian sahaja entri mummy kali ini..Jumpa lagi pada entri yang akan datang..

Monday 29 May 2017

MANFAAT AIR BERAS UNTUK KULIT WAJAH

ANTARA KELEBIHAN AIR BERAS UNTUK KULIT WAJAH




Air beras kaya akan mineral dan vitamin untuk kecantikan untuk kulit dan rambut. Butir beras kaya akan asam ferulic, yang merupakan antioksidan yang hebat dan penuh dengan allantoin, yang dikenal kerana sifat anti inflamasi.

Selain menjadi salah satu zat pembersih kulit yang paling lembut, air beras juga mengandungi vitamin seperti B1, C, E, serta mineral, yang dapat mengecilkan pori- pori, mencekangkan kulit, mencerahkan, dan melembutkan kulit.

Perawatan kulit dengan air beras merupakan penyelesaian yang luar biasa untuk berbagai masalah kulit dengan harga yang murah dan efektif. Air beras sangat bagus untuk semua jenis kulit, tak kira macam mana teruk pun kulit wajah hampa.

Dah tau kan betapa berkhasiatnya beras untuk wajah kita. Tak semestinya kena beli produk mahal baru muka kita boleh peloles. Bahan yang ada dekat dapoq kita tu pun boleh buat muka kita peloles tau.

Terima kasih kerana jengok-jengok entri Mummy kali ini.. Semoga berjumpa lagi di entri akan datang..

Friday 26 May 2017

Mengatasi Masalah Sembelit

Alangkah seksanya jika mengalami sembelit yang kerap setiap hari!

Juga terpaksa menghabiskan masa yang lama meneran di dalam bilik air.

Apakah itu sembelit?
Sembelit ialah masalah yang dialami oleh individu yang buang air besar kurang daripada 3 kali seminggu, yang diikuti oleh meneran (straining), sakit sewaktu buang air,  dan buang air dengan sukar. Biasanya najis adalah keras dan berketul ketul dan kering. Individu yang menghidapi masalah sembelit harus peka dengan penemuan darah atau lendir dalam najis kerana kewujudan darah atau lendiran mukus boleh membawa petanda masalah yang lebih serius seperti polyps (ketumbuhan pre kanser) atau penyakit radang usus besar.


Makanan mengatasi sembelit/ makanan pelawas

1.Betik





Betik mengandungi fiber yang membantu melawaskan usus. Amalan memakan betik setiap hari membantu kita membuang setiap hari, lagipun sedap kan betik ni?




2.Pisang




Pisang memang bagus sebagai pelawas untuk mengelakkan sembelit. Selain fiber, pisang mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, Vit B1, B2, B6 c, niasin dan folat.




3.Oat




Oat sangat kaya dengan fiber, jadi inilah sebab mengapa oat berperanan sebagai pelawas, mengelakkan sembelit.



4.Air



Air membantu proses penghadaman dalam badan, dan membantu proses pelawasan dalam badan, sebab itulah air berperanan untuk mengelakkan sembelit. Minulah air ksoong dengan banyak setiap hari, seelok-eloknya bersukat untuk setiap 20kg berat badan anda, minumlah 1 liter air. Jadi, kalau 60 kg? Minumlah 3 liter air berperingkat-peringkat setiap hari :)





SUPPLEMENT MINUMAN MENGATASI SEMBELIT





WHITE GLUCONEY DRINK (400gm)

-Keistimewaan produk:-
*Membantu merawat masalah kulit wajah seperti jerawat,jeragatdan parut2 jerawat lama.
*Merawat masalah dalaman wanita dan merawat hormone yang tidak stabil.
*Masalah haid yang tidak teratur dan sengugut.
*Merapatkan sistem peranakan (Rahim)wanita.
*Menaikkan aura seri wajah
*Mencantikkan & membentuk tubuh badan yang ideal.
*Melincinkan kulit,halus dan gebu .
*Mengurangkan lingkaran bawah mata(eyebag).

-Bahan-bahan:-
*strawberi
*acaiberi
*apple
*madu
*serbuk pearl
*kolagen
*glutation
*vitamin C
*kurma
*delima
*anti aging



p/s :Elakkan minum minuman yang mengandungi kafein.
      sapukan buih white gluconey drink dimuka sebagai masker dan cuci menggunakan golden honey soap


Yang penting, makanlah makanan yang tinggi fiber, banyakkan minum air kosong dan lakukan senaman yang teratur setiap hari untuk membantu mengatasi sembelit ini.


Semoga anda bebas dari sembelit selepas ini. Selamat mencuba!
Berminat boleh Pm Mummy- 019 5575372

Wednesday 24 May 2017

Tips penjagaan rambut


6 Tips Penjagaan Rambut Yang Betul..WAJIB Baca dan Buat!


Asalamualaikum dan selamat pagi semua..mummy nak share kan tips penjagaan rambut yang betul..bukan perkara main-main dalam bab menjaga rambut ni tau..salah satu kesan nya, kita tak nak rambut gugur, kotor, tak sihat dan botak..tidak kira lelaki atau perempuan sebenar nya mendapat risiko rambut gugur..faktor usia, tekanan kerja, pemakanan dan kurang rehat adalah penyumbang kepada masalah rambut. Namun, ada sesetengah mereka yang tidak mengetahui atau saja TAK nak ambil tahu bahawa mereka mengalami masalah rambut yang serius..


seram kan bunyi nya..lagi-lagi wanita bertudung...ada sesetengah tu tak ambil tahu penjagaan rambut. Tanda-tanda anda mempunyai masalah rambut adalah kulit kepala terlalu berminyak, keguguran rambut lebih daripada 30 helai sehari, kelemumur dan gatal-gatal di kulit kepala..okey..jom kita review 6 langkah penjagaan Rambut yang betul


#Tips 1 : Gunakan Produk yang sesuai

Banyak produk pencuci rambut (shampoo) di pasaran..tapi AWAS kerana banyak produk syampu lebih fokus kepada pembersihan rambut bukan kulit kepala. Jadi, pilih syampu yang sesuai, lebih baik lagi produk tu daripada bahan semulajadi.


#Tips 2 : Jauhi Rawatan Rambut yang Menggunakan Bahan Kimia

Sebaiknya, elakkan menjalani rawatan rambut yang menggunakan bahan kimia seperti rebonding, perming mahupun dye rambut. Bahan-bahan kimia yang terdapat dalam produk ini boleh menyebabkan kulit kepala menjadi semakin sensitif.


#Tips 3 : Cuci Rambut Setiap Hari dengan Syampu

Rambut hendak lah dicuci setiap hari dengan syampu. Sebenarnya ramai yang tidak mengetahui hal ini..malah mereka sudah dibiasakan dengan MITOS bahawa mencuci rambut setiap hari boleh merosakkan rambut..ini anggapan yang salah ye kawan-kawan.Mencuci rambut setiap hari adalah asas dalam penjagaan permukaan rambut.sebab itu penting dalam pemilihan syampu yang sesuai. 


# Tips 4 : Gunakan Minyak Perapi yang Betul

Selain mitos tentang mencuci rambut, penggunaan minyak perapi yang salah pada rambut juga boleh menyebabkan rambut rosak. Sebetulnya minyak perapi mestilah digunakan sampai kena kulit kepala dan tidak perlu dicuci..Anda nak tahu mummy gunakan minyak ap??


>>>Jojoba oil mummy guna..selamat dan yang penting semulajadi,tiada bahan kimia ,100% natural..


#Tips 5 :  Amalan Pemakanan Yang Betul

Yang ni tips paling penting..jagaan dalaman untuk dapatkan rambut yang sihat. JAUHI makanan berminyak dan pedas kerana ia boleh memberi kesan pada pertumbuhan rambut.Untuk merangsang pertumbuhan rambut yang sihat,PASTIKAN anda mengambil makanan yang mengandungi protein ( dari sumber daging/ikan/telur/kacang soya/kekacang dan sebagainya) dan zink ( dari sumber sayuran hijau serta organ dalaman haiwan) serta vitamin C & B( dari sumber buah-buahan dan sayuran).


#Tips 6 : Gaya Hidup

Tekanan menjadi faktor utama masalah keguguran rambut serta turut menyebabkan sistem tubuh terganggu. Hormon yang terganggu boleh mengakibatkan rembesan minyak berlebihan pada kulit kepala.


Oleh itu pastikan anda mendapatkan rehat dan jauhi dari punca tekanan. Untuk mendapatkan rehat yang cukup, tidur pada masa yang sesuai dan betul. waktu tidur yang sesuai adalah jam 11.00 malam atau lebih awal. Ini kerana, hati mula melakukan fungsinya mendetoksifikasi antara jam 11:00 malam hingga jam 2:00 pagi.Mummy dah kongsi kan tips penjagaan rambut yang betul. anda dah tahu punca keguguran dan masih belum terlambat untuk amalkan beberapa tips penjagaan rambut bagi mengelakkan masalah rambut walaupun anda seorang yang sibuk.

Untuk dapatkan JOJOBA OIL boleh whatsapp mummy - 0195575372

Sekian terima kasih kerana sudi membaca entri mummy kali ini.

x

Friday 19 May 2017

Atasi masalah rambut gugur dan kulit kering

Assalamulaikum.. Salam sejahtera


Dua tiga hari ni Mummy terperasan banyak pula rambut kat lantai ini, Jika bukan rambut sendiri,rambut siapa lagi kan?


"Sayangi rambut anda, rambut adalah mahkota kepada kita semua"





Punca Rambut Gugur dan Cara Merawatnya

Berikut adalah antara punca yg menyebabkan rambut gugur berlaku di kalangan lelaki & wanita:

1-Penggunaan bahan kimia yang berlebihan. Bagi mereka yang suka mewarnakan rambutnya dan suka menggunakan bahan kimia untuk meluruskan rambut mereka. Penggunaan bahan kimia akan merosakkan rambut sehingga ke akarnya. Kesannya, rambut gugur terjadi.


2-Perubahan hormon ketika mengandung dan melahirkan anak (untuk wanita). Ramai ibu mengandung dan ibu yang baru melahirkan anak mengalami masalah rambut gugur. Rambur mereka gugur di sebabkan perubahan hormon yang berlaku. Ia juga disebabkan, hormon yang tidak stabil di dalam badan  boleh menyebabkan kepada rambut gugur.


3-Faktor seterusnya adalah genetik. Jika seorang ibu atau bapa mengalami masalah rambut gugur apabila umurnya meningkat, anak perempuan dan lelakinya juga akan alami masalah yang sama.


4-Rambut gugur juga akan berlaku jika wanita/lelaki tersebut mengalami masalah aliran darah tidak lancar. Aliran darah yang tidak lancar di dalam badan boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.


5-Mempunyai masalah angin badan yang serius.


6-Selalu menarik rambut. Ada wanita mempunyai sikap menarik rambut sekuat hati ketika ingin mengikat rambut dan sebagainya.  Sikap sebegini boleh memberi kesan yang tidak baik pada akar rambut anda di mana ia akan jadi lemah dan senang untuk tercabut. Akibatnya, rambut anda akan gugur.


7-Gaya pemakanan yang tidak terkawal sehingga menyebabkan hormon di dalam badan juga boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.



Cara / Petua Merawat keguguran rambut

Petua 1: Ambil perahan air limau nipis dan sapu rata-rata di kulit kepala. Amalkannya untuk selama 2 minggu. Seterusnya anda ambil santan untuk menyuburkan rambut . Lumurkan keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Jangan cepat-cepat hendak membasuh rambut anda. Perapkan rambut anda dengan tuala untuk ½ jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Amalkannya selama 2 bulan.


Petua 2: Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama 1 jam. Lakukan 2 kali seminggu. Anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.



Petua 3: Setiap kali anda makan buah tembikai, jangan buang kulitnya. Ambil bahagian kulit tembikai dan gosok kulit kepala anda. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu barulah anda cuci rambut anda sebersih-bersihnya. Jika anda ingin biarkan semalaman pun tak mengapa. Gunakan “shower cap” atau balut dengan kain supaya ia tidak meleleh ke bantal tidur anda. Anda hanya perlu amalkan petua ini sekali dalam seminggu.



Petua 4: Ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, dan lendir pokok litup bumi. Semua daun-daun tersebut dimasukkan ke dalam satu bekas. Kemudian campur sedikit minyak zaitun. Sapulah di seluruh rambut lepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam. Bangun pagi barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.


Petua 5: Belah buah limau nipis dan gosokkan pada kulit kepala hingga rata. Setelah kering, oleskan telur ayam pada kulit hingga rata dan bungkus kepala anda dengan tuala selama 1 malam. Keesokan paginya, bersihkan rambut anda. Amalkan petua ini 4 kali seminggu.


Petua 6: Tumbuk bawang merah sehingga halus. Campurkan air masak secukupnya. Sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama 30 minit. Kemudian, bersihkan seperti biasa. Amalkan petua ini selalu.


Petua 7: Ambil segenggam daun bunga raya dan beberapa helai daun lidah buaya. Basuh bersih dan kisarkan kedua-dua hingga lumat. Perapkan bahan ini di atas kepala selama satu jam. Lakukan 2 kali seminggu. Rambut anda akan kekal kuat dan hitam semulajadi.


Petua 8: Rendamkan secawan kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan selalu. Juga, elakkan mengikat rambut dengan getah.


Petua 9: Campurkan 5 sudu besar minyak zaitun bersama 2 biji telur atau 2 sudu madu lebah dicampur dengan 5 sudu minyak zaitun, lumurkan keseluruh rambut. Balut kepala dengan plastik atau guna “shower cap” dan biarkan selama 15 minit dan bilas. Amalkan sekali seminggu.





Jojoba Oil




Jojoba oil 100% natural.Tiada bahan campuran di formulasikan dari USA. Banyak kegunaan. Boleh digunakan dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Sesuai dari bayi hingga dewasa.


Khasiat / Kegunaan.

- Untuk masalah rambut seperti rambut gugur, kusut dan berkelemumur.

- Tumit merekah

- Masalah kulit kering

- Sebagai makeup removal

- Baik untuk luksa dan kesan parut

- Bibir kering

- Pertumbuhan rambut

- Masalah kulit enzyme

- Melebatkan bulu mata







Mummy nak kongsikan disini untuk tatapan bersama. Ada yang rasa sesuai untuk dicuba boleh whatsapp ye..

Berminat?

Whatsap Mummy 019 5575372

Masalah keputihan





Berikut ini beberapa keadaan dimana wanita akan mengalami jenis keputihan normal:

👉🏻 Melahirkan bayi
👉🏻 Haid kali pertama
👉🏻 Menjelang haid
👉🏻 Saat mengalami ovulasi
👉🏻 Alergik kondom
👉🏻 Gangguan jiwa
👉🏻 Radang dinding rahim
👉🏻Terangsang oleh aktiviti seksual


Berikut ini beberapa keadaan dimana wanita akan mengalami jenis keputihan abnormal:



👉🏻Keputihan dengan lendir berwarna cokelat atau mengandung darah
👉🏻Keputihan disertai rasa pendarahan
👉🏻Keputihan dengan lendir berwarna hijau, kuning, atau berbuih
👉🏻Keputihan disertai luka melepuh di sekitar vagina
👉🏻Keputihan dengan lendir kental,berwarna putih, dan disertai berbau




Mummy ada jalan penyelesaian untuk masalah anda semua...
hubungi mummy untuk ketrerangan lanjut - 0195575372

Thursday 18 May 2017

Tanda-tanda awal kanser

Tanda-Tanda Mengesan Kanser Pangkal Rahim. Semua Wanita Perlu Ambil Tahu Hal Ini.



Tanda-Tanda Mengesan Kanser Pangkal Rahim –

Kanser pangkal rahim ini mempunyai tahap (level) untuk dikesan bahawa penyakit itu sudah mencapai tahap yang keberapa. Masih baik stabil atau sudah kritikal. Bahaya! Semua wanita perlu ambil tahu hal ini.

Kadang-kala ramai remaja sekarang yang mempunyai penyakit dan mudah allergic. Kebanyakan sabun tidak sesuai. Bakteria mudah membiak dan mengakibatkan vagina seseorang itu menjadi gatal-gatal. Jadi ubati segera agar tidak mencapai tahap sehingga boleh mendapat penyakit yang tidak sepatutnya.

Berbanding dengan kanser organ reproduktif wanita yang lain, wanita yang menghidap kanser pangkal rahim sering dapat mengesan penyakit mereka pada peringkat awal. Ini disebabkan pangkal rahim terletak di dalam faraj [vagina]  yang apabila berlaku penyakit kanser, perdarahan yang berlaku boleh dikesan hampir serta merta.

Di kebanyakan negara-negara maju, hampir 75% daripada wanita-wanita yang dikesan menghidap penyakit kanser pangkal rahim dapat dikesan pada peringkat awal.

Terdapat dua jenis utama barah pangkal rahim iaitu

Squamous cell carcinoma

Squamous cell carcinoma adalah barah pangkal rahim sering berlaku. Ianya bermula dari dalam sel skuamus atau kulit seperti sel di pangkal rahim.

Adenocarcinoma.

Adenocarcinoma adalah jenis barah pangkal rahim yang jarang berlaku; ia bermula dari dalam sel glandular. Selain itu, barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada microinvasive atau invasive.

Walau bagaimanapun , di negara kita peratusan ini adalah lebih rendah disebabkan oleh sikap dan pengetahuan masyarakat kita yang masih rendah. Apa yang paling penting adalah, wanita-wanita tersebut perlu segera mendapatkan pemeriksaan lanjut dari Pakar Sakitpuan jika sekiranya terdapat tanda-tanda yang mungkin berkaitan dengan kanser pangkal rahim.

Kebanyakan wanita yang menghidap kanser pangkal rahim mengalami salah satu ataupun kombinasi gejala-gejala berikut:
Perdarahan selepas hubungan intim  (“postcoital bleeding“)
Keluar lendir berdarah dari kemaluan.
Perdarahan di pertengahan kitaran haid.
Perdarahan dari kemaluan setelah disahkan putus haid.
Hilang selera makan
Turun berat badan yang mendadak
Faktor-Faktor Terjadinya Kanser Pangkal Rahim

Di antara faktor-faktor yang menjadikan seseorang wanita itu boleh menghidap kanser pangkal rahim adalah:
Hubungan intim pada usia muda
Jangkitan virus HPV berisiko tinggi
Merokok
Wanita dari golongan susah ataupun miskin.
Keadaan yang menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi rendah seperti penyakit AIDS, pesakit yang menjalanipemindahan buah pinggang dan lain-lain.
Wanita yang mempunyai pasangan yang ramai.
Wanita-wanita yang tidak menjalani ujian pap smear bolehdikategorikan sebagai golongan yang berisiko mengidap kanser pangkal rahim sebab kajian telah menunjukkan bahawa ujian pap smear boleh mencegah kanser pangkal rahim.

Kaedah Rawatan Kanser Pangkal Rahim

Terdapat 3 jenis rawatan yang boleh diberikan kepada wanita-wanita yang mengidap kanser pangkal rahim. Tiga jenis rawatan utama tersebut adalah :

a. Pembedahan
b. Rawatan Radioterapi
c. Rawatan Kemoterapi

Sekian sahaja entri mummy kali ini ..semoga kita berjumpa di entri yang akan datang..Salam sayang dari mummy...Hargai dirimu,kerana dirimu begitu berharga :)

Wednesday 17 May 2017

Detox Tradisional

                        Detox Orang Dulu-Dulu


Lumrah seorang wanita, pasti terpengaruh dengan kecantikkan.
Sekali sekala jom ikut Mummy amalkan petua orang dulu-dulu yg sering minuman jus herba buatan sendiri untuk mengekalkan kecantikkan dalaman serta luaran.


5 jenis jus minuman yg mampu memantapkan dalaman wanita.


Jus Kunyit - Kecutkan rahim





Bahan:
2 ketul kunyit
1/2 ketul halia
2 batang serai
Garam
1 liter air putih
Cara:
Kisar semua bahan sehingga hancur.
Masak bahan yang dikisar bersama air putih selama 40 minit hingga 1 jam.
Amalkan segelas (gelas kecil) setiap hari.
Khasiat : Jus ini sesuai diamalkan oleh ibu yang baru melahirkan,membantu mengecutkan rahim di samping menggalakkan penghasilan susu badan.






Jus Halia - Pembuangan Angin






Bahan:
2 ketul halia (dihiris)
2 uncang teh asli
Gula perang secukup rasa
Air putih
Cara:
Rendam uncang teh dalam jag yang berisi air panas sehingga kembang.
Masukkan halia serta gula perang. Kacau sebati supaya semua ramuan mesra.
Amalkan minuman ini dua gelas (gelas kecil) sehari.
Khasiat: Jus halia berupaya membuang angin dalam badan, bantu mengurangkan tekanan serta menjadikan anda lebih tenang.






Jus Kurma - Memberi Tenaga








Bahan:
5 biji kurma pilihan
Segelas susu segar
1 sudu besar madu
Cara:
Kisar semua bahan ini sehingga hancur. *Campurkan sedikit kekacang jika mahu tekstur rangup yang boleh dikunyah
Minum sehari sekali dan ia akan lebih berkesan jika anda amalkan ketika perut kosong. *sebelum sarapan.
Khasiat: Menjadikan tubuh lebih cergas, melembapkan kulit serta dapat menaikkan seri di wajah, di samping memperbanyakkan susu badan si ibu yang baru melahirkan.








Jus Delima - Kurangkan Kolestrol







Bahan:
1/2 sudu teh jus delima
1 sudu besar madu
1 gelas air suam
Cara:
Kacau semua bahan di dalam gelas sehingga sebati. Amalkan sehari sekali.
Khasiat: Delima diakui sangat baik untuk meningkatkan tahap kesihatan. Kolestrol dan lemak juga dapat dikurangkan secara perlahan, malah berfungsi membekalkan vitamin yang bantu memperbaiki kulit supaya lebih berseri dan cerah.





Jus Herba Campuran - Pulihkan Bahagian Intim






Bahan:
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
7 biji lada hitam (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1 inci ibu kunyit (ditumbuk)
1 sudu besar madu
1 biji telur ayam kampung
Cara:
Pecahkan telur dalam cawan
Masukkan bahan yang ditumbuk diikuti dengan telur.
Selepas itu, masukkan pula madu dan kacau sehingga sebati
Amalkan minuman ini segelas sehari selama tiga (3) hari berturut-turut terutamanya ibu yang baru melahirkan.
Khasiat: Memanaskan badan, menyumbang tenaga  dan memulihkan kecantikan serta kesihatan dalaman wanita.




Tuesday 16 May 2017

Masalah liang pori besar






Ramai antara kita yang alami masalah liang-liang pori besar kan ?? Dan yang pasti masalah tersebut akan ambil masa yg lama untuk hilang . Paling sedihnya masalah liang pori besar akan menjadikan kulit kita kusam dan nampak kasar. Tak dapat nak lindung dengan make up yg berlapis-lapis ,bagi yg berkerjaya masalah ini sedikit sebanyak akan hilangkan keyakinan diri untuk berdepan orang ramai.

Okay entry kali ini Mummy nak share apa punca yang menyebabkan pori wajah kita besar dan cara untuk merawatnya ..jom kita tengok apa puncanya

FAKTOR MASALAH LIANG PORI BESAR & TERBUKA

Kulit wajah berminyak
Terlalu banyak pengambilan makanan berminyak dan berlemak
Boleh juga disebabkan oleh genetik
Perubahan hormon terutamanya sewaktu hamil
Proses penuaan
Terdedah kepada sinaran cahaya matahari yg berlebihan


CARA PENCEGAHANNYA







Mencuci wajah 2kali sehari (pagi&malam) - mencuci wajah dengan betul sekurangnya 2kali sehari pagi dan malam sangat penting kerana seharian kita terdedah dengan habuk dan kotoran,jadi memcuci wajah dengan betul dapat mengelakkan liang pori tersumbat. Pastikan guna pencuci wajah yg sesuai dengan kulit ya.






Scrub wajah - dengan scrub wajah sekurangnya 2 3 kali seminggu dapat membuang sel-sel kulit mati yg tak dapat dibuang dengan hanya mencuci wajah sahaja. Selain itu kesan kotoron yg tersumbat pada liang-liang pori . Pastikan guna scrub wajah yg sesuai dgn kulit agar tidak memudaratkan kulit . banyak di pasaran scrub yg telah siap ataupun nak lagi selamat buat je dirumah ;)




Tuam ais batu pada wajah - ya nampak mudah kan ?? dan tips sangat menjimatkan tapi hasilnya membuatkan kita teruja tau. Ais batu  bertindak secara efektif sebagai bahan yang mudah untuk didapati di rumah. Tuam ais batu di wajah seeloknya sebelum kita pakai make up dan make up anda juga akan tahan lama. Lakukan setiap hari selama 1minit dan wajah akan segar secara tak langsung liang-liang pori akan makin mengecil. Bahkan ia juga akan melancarkan perjalanan darah anda ;)







Penggunaan Serum 24K Gold Advanced - nak lagi mudah dan berkesan guna je serum 24k gold advanced by ryoung beauty ni .Mummy mmg consume serum ni sebabnnya ia sesuai dgn wajah ,kulit kasar makin halus dan tegang je tau . Paling best liang pori makin mengecil . Guna malam sebelum tidur dan esoknya kulit akan rasa tegang dan anjal.


KEBAIKKAN 24K GOLD SERUM ADVANCED 

Mengecilkan liang-liang pori di muka
Menghilangkan kedutan dan garisan halus
Menegangkan dan melembapkan kulit wajah serta memberi kesan halus dan lembut
Membuatkan wajah nampak berseri
Mencerahkan kulit wajah
Mengecutkan jerawat dan menghilangkan jeragat


Untuk pertanyaan yg lebih lanjut

Whtsapp | Call | Sms : Mummy - 0 1 9 5 5 7 5 3 7 2

Boleh juga kunjungi page fb: Ryoung Beauty Produk Kecantikan
https://www.facebook.com/ryoungbeautyprodukkecantikan/

Miss-v



                                     >Punca Faraj Berbau Busuk<<


*Ramai yang tidak sedar lendir macam hingus ni duduk dalam faraj. Sebabnya TIADA tanda-tanda bermasalah melainkan sudah kronik.

*Lendir dalam faraj perlu dibersihkan untuk memastikan dalaman faraj bersih. Step yang mudah tapi ramai yang MALAS.

*Kalau MALAS cuci, MALAS jaga kebersihan, benda2 tak elok pun datang tak selesa, kurang keyakinan diri, kesihatan terganggu, hubungan terjejas. Masalah rumahtanggapun terjerat sama. Muka cantik tak membawa ke syurga.

Bayangkan jika gigi tak pernah dicuci atau diberus, bau mulut macam mana?

Bahagian bawah tu pon macam tu. Kalau berlendir tak dicuci, slps nifas, slps haid, mana bole tahan baunya berbulan-bulan, bertahun2 terperap.

Kalau tk gosok gigi bole jadi bengkak gusi. Kalau tak korek hidung, apa jadi?? Kalau tak servis Miss V tu jadi apa agaknya nanti dalam dinding faraj.

White gluconey drink boleh membantu anda untuk flush semua keluar. Dapatkan white gluconey drink skarang.

*MUMMY - 0195575372
*MUMMY - 0195575372

Monday 15 May 2017

Kurus dengan papermint lotion




Gosok-gosok... Sapu-Sapu.... Dah hilang inci.

Seriously.. Rasa mcm tak percaya Gosok2 hilang 1/2 inci !! Kesannya Hebat di rasai. Dengan hanya sekali sapuan sahaja.

Alamakkkk biar betul.... Perut buncit dah semakin nipis. Spare tayar kiri kanan dah semakin kecut.

Pertama di Malaysia. Khas menghilangkan lemak-lemak degil  dan ia juga dpt memutihkan kulit badan.

Mummy tak ckp saja okey..












                                          Akak suka betol la dgn peppermint lotion ni!!
                                                                             SEBAB.......
                                                        Akak takut nak makan ubt
                                 Tapi... dgn adanya PEPPERMINT LOTION ni senang laa...
                                     Tak perlu nak bersenam luar rumah,sambil berkemas pun bole kurus.
                                              Paling best baju dan seluar semakin longgar.      
                                           


Peppermint scrub dan lotion diekstrak dari tumbuhan seperti daun pudina,halia bara dan  apricot seeds. Sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita. 100% selamat digunakan dan KKM.
             



                                 KELEBIHAN UTAMA PEPPERMINT SCRUB & LOTION

                                                  Memecahkan lemak di bahagian yg bermasalah

                                                  Menurunkan inci terutama pada bahagaian
                                         
                                                  Melawaskan pembuangan

                                                  Membakar lemak berlebihan

                                                  Menghilankan stretchmark dan selulit

                                                  Dapat melangsingkan badan

                                                  Menghilangkan daki

                                                  Menghaluskan kulit dan mencerahkan kulit

                                                  Memutihkan kulit

                                                  Meruncingkan wajah



         CARA MENGGUNAKAN

Peppermint Scrub→ guna time mandi, burn lemak kaw2 time mandi sbb memang terbukti membakar lemak & sekaligus mencantikkan kulit!

Peppermint Lotion → gosok2 jer anytime, anywhere! Burn lemak sepantas 30 minit ( testimoni dah ade...bukan propa yer )


Nak kurus dgn cara sihat... Whatsaap Mummy ke 0195575372

#ryoungbeauty
#alimminglotion
#kurus

Manfaat dan khasiat labu




Labu kuning adalah buah labu yang sering digunakan sebagai bahan es buah yang segar. Buah ini sering dijadikan hidangan wajib dalam setiap bulan puasa datang sebagai makanan pembuka. Warna dari labu kuning sesuai namanya, berwarna kuning dan sedikit orange seperti buah jeruk. Ukuran buahnya tidak terlalu besar, standard ukuran labu pada umumnya. Buah ini sangat menyegarkan dan penghilang dehidrasi tubuh Anda.

Kenikmatan buah labu kuning tidak mengalahkan kandungan gizinya yang lengkap untuk kesihatan Anda. Buah ini mengandung lemak, protein, kalori, beta karoten, tembaga, kalium, natrium, zat besi, fosfor, kalsium, vitamin A, vitamin C, vitamin E, vitamin K, vitamin B6, lutein, niasin, dan masih banyak gizi lainnya. Jika Anda amalkan makan buah labu kuning setiap hari, tubuh Anda tidak hanya akan menjadi sihat namun juga terhindar dari beberapa penyakit.

Agar tidak salah dalam memahami manfaat dan khasiat labu kuning, Mummy berikan perincian penjelasan tentang beberapa kegunaan buah ini untuk kesihatan Anda.




1. Menyihatkan mata
Khasiat labu kuning yang pertama iaitu sebagai buah yang boleh menjadi sumber nutrisi untuk menyihatkan mata. Kandungan vitamin A dalam buah ini salah satu khasiatnya adalah membuat penglihatan Anda menjadi lebih tajam.

2. Anti radikal bebas
Khasiat labu kuning untuk menangkal radikal bebas dilakukan dengan memberikan pertahanan yang lebih ke tubuh Anda. Vitamin C dalam buah ini akan membersihkan efel radikal bebas yang berbahaya.

3. Awet muda
Khasiat labu kuning yang selanjutnya iaitu sebagai buah yang akan membuat Anda selalu tampak awet muda. Buah ini mengandung banyak vitamin dan mineral yang bagus untuk kulit sehingga mencegah penuaan dini yang terlalu cepat.

4. Mencegah hipertensi
Khasiat labu kuning yang berikut ini sangat bagus bagi Anda yang sering mengalami tekanan darah tinggi. Buah ini mampu mengawal tekanan darah Anda sehingga tetap seimbang dan tidak menimbulkan hipertensi.

5. Ubat sembelit
Khasiat labu kuning sebagai ubat salah satunya adalah mengatasi penyakit sembelit. Sembelit adalah penyakit yang menyerang pencernaan Anda. Dengan mengamalkan buah ini dengan teratur, sembelit Anda akan reda dengan perlahan.

6. Membantu pertumbuhan tulang
Labu kuning juga merupakan buah yang diperlukan oleh tulang. Hal ini karena kandungan kalsium di dalamnya dapat membuat tulang Anda sihat dan tumbuh dengan baik. Sebab itulah buah ini boleh menjadi sumber kalsium yang baik untuk pertumbuhan tulang pada anak.

7. Baik untuk gigi
Selain tulang, buah labu kuning juga disarankan untuk menyihatkan gigi. Memberus  gigi saja tidak cukup .Jika Anda masih mengamalkan makanan yang tidak sihat. Buah ini akan menutrisi gigi Anda agar lebih kuat dan sihat.

8. Mencegah kanser
Buah labu kuning dapat mencegah tubuh dari penyakit kanser. Buah ini mampu menjaga ketahanan sel dalam tubuh sehingga tidak mudah rosak. Penyakit kanser muncul disebabkan adanya sel yang rosak yang biasanya diakibatkan oleh efek radikal bebas.

9. Anti inflamasi
Labu kuning juga berfungsi sebagai makanan anti inflamasi. Buah ini dapat meredakan rasa ngeri yang Anda rasakan di beberapa bahagian tubuh. Mulalah mengamalkan buah labu.

10. Mencegah stroke
Stroke adalah penyakit lainnya yang boleh diatasi oleh buah labu kuning. Jika Anda ingin terbebas dan terhindar dari strok ini, cubalah untuk memakan buah labu ini dengan rutin. Tubuh Anda pun akan kebal dari penyakit strok.



Itulah 10 manfaat dan khasiat labu kuning untuk kesihatan yang perlu Anda ketahui. Semoga bermanfaat untuk menambah pengetahuan Anda dalam menjaga kesihatan. Pola hidup yang sihat akan lebih menguntungkan Anda nantinya di masa depan, kerana kesihatan zaman sekarang merupakan hal yang paling mahal. Selamat mencuba sayang-sayang mummy semua.

#Ryoungbeauty
#khasiatlabu

PETUA KEMPISKAN PERUT